About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

       
   

Lagu Putus Kasih Di Semerah Padi ( Versi Rakaman Piring Hitam)

Info: Ciptaan & Gubahan : Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Lirik : Jamil Sulong

Penyanyi: Momok Latif

Filem: Semerah Padi, Malay Film Productions, (1956)

Arahan: Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Trivia: Momok Latif memberikan suaranya menyanyikan lagu ini kepada Saadiah untuk nyanyian lagu filem.  Lagu ini bagaimanapun tiada dalam slot tayangan Filem Semerah Padi yang ditayangkan kepada umum. Sebelum filem ini dikeluarkan untuk tayangan umum, preview Semerah Padi versi asal terlebih dahulu ditayangkan untuk penilaian.  P.Ramlee sebagai pengarah Semerah Padi telah menerima beberapa teguran untuk filem ini.  Menurut Abdullah Hussin, Sasterwan Negara dan sahabat P.Ramlee yang banyak menulis tentang kisah hidup Seniman Agung P.Ramlee  ada menceritakan bahawa versi asal Semerah Padi berakhir dengan tragedi di mana Aduka telah membunuh Teruna ( Watak Hero No. 1 - yang dilakonkan oleh Allahyarham Nordin Ahmad) untuk merebut Dara menjadi isteri.  Setelah menerima teguran tersebut, P.Ramlee telah mengubah versi asal yang bersifat tragedi menjadi versi 'happy ending' sebagaimana yang kita tonton sekarang.

 
   

 

Lirik:-

 

Manis sekali si gula kabung

Hendakkan wangi dicampurlah pandan

Manis sekali si gula kabung

Hendakkan wangi dicampurlah pandan

 

Putuslah tali hai boleh disambung

Semerah lah Padi

Putuslah kasih meranalah badan

Putuslah tali hai boleh disambung

Semerah lah Padi

Putuslah kasih meranalah badan

 

 

 

 

Untuk mendengar streaming SELAMAT BERBAHAGIA WAHAI KEKASIH, sila klik atau 'double click' pada butang play pada Player di atas.  Kemudian, tunggulah hingga lagu dimainkan. . Seandainya palyer anda berhenti di tengah jalan sebelum lagu habis dimainkan, ini bermakna setting Real Player di komputer anda perlu di configurasikan semula.  Untuk panduan lanjut sila ikuti arahan di LAMAN INI

 

Selamat Berhibur.

 
Free Web Hosting