About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

     
   

Lagu Mengapa Tak Berkawan ( Versi Rakaman Piring Hitam)

Info: Ciptaan & Gubahan : Allahyarham Osman Ahmad

Lirik : Ainol Jamal

Penyanyi: P.Ramlee & Saloma

Filem: Si Tora Harimau Jadian, Studio Merdeka Film, (1964)

Arahan: P.Ramlee

Trivia: Filem Si Tora Harimau Jadian adalah merupakah filem arahan dan lakonan pertama P.Ramlee setelah bertugas di Studio Merdeka Ulu Kelang setelah beliau berhijrah dari Malau Films Productions, Jalan Ampas Singapura pada 14 April 1964.   Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 16 November 1964.

 

 
       
   

Lirik:-

 

P:      Renung pada langit

          Ku lihat putihnya awan

          Renung pada bulan

          Ku lihat cahaya berkilauan

 

          Renung pada alam

          Semua menawan

          Tetapi mengapa

          Perasaanku hampa

          Hidupku sendiri tak berkawan

 

L:      Kalau ada bunga

          Tentulah adanya taman

          Kalau ada rumah

          Tentulah adanya halaman

 

          Kalau ada tahun

          Tentu ada zaman

          Tetapi mengapa

          Perasaanku hampa

          Hidupku sendiri tak berteman

 

P:      Jikalau begitu

          Apakah indahnya

         

L:      Hati jadi satu

          Janganlah dinda

          Bermuram durja

 

L & P:  Kalau tak berkawan

              Alam kesedihan

              Tak ada ertinya

              Hidup di dunia

              Ibaratnya kapal

              Tak berhaluan

 

 

Untuk mendengar streaming MENGAPA TAK BERKAWAN, sila klik atau 'double click' pada butang play pada Player di atas.  Kemudian, tunggulah hingga lagu dimainkan. . Seandainya palyer anda berhenti di tengah jalan sebelum lagu habis dimainkan, ini bermakna setting Real Player di komputer anda perlu di configurasikan semula.  Untuk panduan lanjut sila ikuti arahan di LAMAN INI

 

 
   

Selamat Berhibur

 
Free Web Hosting