About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

       
   

Mengenai Laman Ini

 
 

Biografi

Salasilah

 

Kisah Hidup

Seni Muzik & Lagu

Seni Lakon & Filem

Komposer  Sezaman

Bintang Legenda

Sejarah Shaw Brothers

Galeria Nostalgia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laman in dibangunkan khas untuk memperingati dan menghargai jaga Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam bidang muzik dan persada seni tanahair.  Kesenimanan beliau ternyata kini telah memberikan warna dan corak yang gemilang pada dunia perfileman melayu suatu ketika dulu.   Semasa hayatnya, P.Ramlee tidak pernah mendapat penghargaan sewajarnya atas segala jaga dan pengorbanan beliau dalam dunia seni tanahair.   Sesudah beliau bersemadi di alam baqa, barulah masyarakat sedar betapa besarnya khidmat yang beliau curahkan dalam memperkayakan khazanah seni negara bukan sahaja dengan karya yang bersifat malar segar malah telah diakui melalui kajian-kajian yang dilakukan sepanjang masa diperingkat nasional dan juga peringkat antarabangsa.    Mungkin agak keterlaluan untuk mengatakan bahawa P.Ramlee  adalah seniman yang tiada tandingannya namun satu hakikat yang perlu diakui ialah sehingga hampir 35 tahun pemergiaannya, masih belum ada seorang insan seni yang mempunyai bakat yang serba boleh dalam pelbagai bidang – pelakon, pelawak, pengarah filem, penulis lirik, penggubah lagu dan pemain  muzik.

Laman ini mengetengahkan sedikit perbincangan mengenai ketokohan P.Ramlee dalam bidang muzik dan filem.    Sejarah dan Kisah Hidup beliau sebelum terlibat dalam dunia seni semasa di Pulau Pinang ada juga disentuh dalam ruangan Biografi dan Salasilah.   Pautan lain seperti Seni Lagu & Muzik menampilkan sedikit perbincangan mengenai latar belakang beliau dalam bidang muzik, senarai lagu-lagu yang dikaitkan dengannya dan paling menarik sekali laman ini menyediakan hampir 75% daripada kese;uruhan lagu-lagu ciptaan,gubahan dan nyanyian P.Ramlee untuk didengar secara streaming dengan percuma.

Pautan Seni Lakon & Filem pula selain menyentuh sedikit sejarah kecemerlangan beliau dalam seni lakon dan pengarahan filem, menyenaraikan senarai penuh filem-filem lakonan seniman ini bermula dari filem pertama Chinta hingga filem terakhirnya Laksmana Do Re Mi.   Juga disediakan secara streaming sedutan-sedutan dialog filem sebahai hiburan dan pengajaran kerana kebanyakan dari dialog-dialog yang dipilih mengandungi unsure-unsur jenaka yang sini dan juga membawa pengajaran-pengajarannya tersendiri.   Di senaraikan juga filem-filem keluaran MFP dimana P.Ramlee tidak berlakon tetapi mempunyai kaitan dengan diri beliau.

Semasa di Jalan Ampas sejak bermulanya penglibatan P.Ramlee dalam bidang muzik dan seni lakon, lagu-lagu nyanyian beliau mula diminati seawal tahun 50-an.  Lagu-lagu yang menggunakan suaranya dalam filem oleh hero pada masa itu seperti S Roomai Noor, contohnya Juwitaku Sayang dari Filem Pembalasan (1950) menjadi siulan anak-anak muda di Tanah Melayu dan Indonesia pada ketika itu.  Dalam bidang muzik, P.Ramlee banyak belajar daripada komposer-komposer terkenal seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, Yusoff B dan Osman Ahmad.  Pautan Komposer Sezaman akan menampilkan secara ringkas catatan mengenai pengubah-pengubah lagu ini.

Sebenarnya bila berbicara mengenai kegemilangan filem melayu di zaman 50-an hingga 60-an, seniman-seniman dan seniwati-seniwati yang seangkatan dengan P.Ramlee tidak harus ditinggalkan.   Sekadar menyebut beberapa nama seperti Ahmad Mahmud, Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Aziz Sattar, Haji Mahadi, S Shamsuddin, Daeng Idris, Udo Umar, Ahmad Nisfu, Ibrahim Hassan, H M Busra, Ali Fiji, Ahmad C dan A Rahim (sekadar menyebut beberapa contoh) manakala seniwatinya pula seperti Normadiah, Saadiah, Rahmah Rahmat, Hasyimah Yon,  Sarimah, Zaiton dan Saloma juga perlu disentuh peglibatan mereka dalam dunia perfileman semasa era kegemilangan filem melayu di Jalan Ampas.

Pautan Bintang Legenda di Laman Ini akan membicarakan secara ringkas mengenai penglibatan mereka dalam seni muzik dan dunia filem.

Akhir sekali sebagai tambahan laman ini juga akan cuba membicarakan mengenai Sejarah Shaw Brothers – bagaimana ia bermula hinggalah kepada penutupan Studio Malay Film Production di Singapura pada 16 September 1964.

Pautan Galeri Nostalgia pula memuatkan koleksi gambar-gambar seniman dan seniwati di zaman era kegemilangan filem-filem Melayu di Singpura sekitar tahun 50-an dan 60-an dan juga semasa di Studio Merdeka Kuala Lumpur.

Perlu diambil perhatian bahawa segala maklumat yang di dipaparkan dalam laman ini adalah terhad dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.  Sebahagian besarnya adalah diperolehi dari buku-buku tulisan mengenai P.Ramlee oleh sahabat dan anak murid beliau sendiri seperti  Abdullah Hussin, Ahmad Nawab, Jins Shamsuddin, Aziz Sattar, Yusnor Ef dan anak tunggalnya Nasir.   Maklumat juga dikumpul dari keratan-kerantan akhbar lama dan sisipan dari majalah-majalah filem keluaran tahun 60-an dan 70-an

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Free Web Hosting