About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

         
   

K I S A H     H I D U P    

 

 
 

Biografi

Salasilah

 

Kisah Hidup

Seni Muzik & Lagu

Seni Lakon & Filem

Komposer Sezaman

Bintang Legenda

Sejarah Shaw Brothers

Galeria Nostalgia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

P.Ramlee, nama sebenarnya Teuku Zakaria dilahirkan pada pagi Hari Raya Aidilfiri, Rabu, 1 Syawal ketika khatib sedang membaca khutbah hari raya di Masjid Counter Hall Pulau Pinang.    Bapanya bernama Teuku Nyak Puteh bin Teuku Nyak Karim dan ibunya berasal dari Kampung Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang bernama Che Mah binti Husin.   Kebanyakan penulis dan pengkaji seniman ini mencatatkan tarikh lahir P.Ramlee pada 22 Mac 1929.   

Tarikh lahir sebenar P.Ramlee masih menjadi tanda tanya.  Ini adalah kerana apabila kita mengkaji sepadanan tarikh masihi dan tarikh hijrah, tanggal 22 Mac 1929 itu sebenarnya tidak jatuh atau tidak bersamaan dengan 1 Syawal. 

Mengenai tarikh lahir ini sahabat P.Ramlee, Dato’ Jamil Sulong menceritakan, “ Sebagai pengarah di Studio Jalan Ampas, bilik Ramlee terletak bersebelahan dengan bilik saya.  Kami sering kunjung mengunjung untuk berbual-bual mengenai filem dan lain-lain.   Secara kebetulan Ramlee dan saya ada mengambil insurans melalui ejen yang sama iaitu AIA.  Pada hari Ramlee berkemas-kemas di biliknya di pejabat Studio Shaw Brothers di Jalan Ampas, Singapura pada pertengahan bulan April 1964 untuk berhijrah ke Kuala Lumpur, saya telah masuk berjumpa dengan Ramlee.   Semasa di bilik itu, saya terpandang sijil insurans dan sekeping salinan cabutan surat beranak yang diterimanya.  Memikirkan kami akan berpisah dan entah bila akan bertemu semula, saya meminta membuat salinan fotokopi salinan sijil insurans dan salinan cabutan surat beranaknya itu.”

“Salinan surat beranak itu telah saya serahkan kepada Pustaka Peringatan P.Ramlee sewaktu dalam penajaannya dahulu.   Dari salinan surat beranak tersebut saya dapati bahawa orang yang bertanggjungjawab melaporkan kelahiran Ramlee bernama Hoosain.  Beliau melaporkan hal itu selepas 5 hari Ramlee dilahirkan, iaitu pada 27 Mac 1929.    Hoosain tidak diberi hak kebenaran mendaftarkan nama Ramlee maka pegawai pendaftaran  menulis di borang itu sebagai “anak ini belum dinamakan”.   Hanya pada 26.3.1960 barulah ditulis RAMLI BIN PUTEH pada sijil surat kelahiran itu.  Sayang sekali kalau surat pendaftaran kelahiran ini hanya berupa seperti ini, rekod nama Ramlee yang sebenar Teuku Zakaria tiada langsung malah nama bapanya Teuku Nyak Puteh pun tidak dicatatkan.   Perhatikan juga dalam salinan sijil pendaftaran kelahiran tersebut, berlaku kesilapan menulis nombor tahun dan tandatangan pegawai pendaftar yang membetulkan nombor tahun tersebut.  Pada awalnya beliau menulis tahun 1925, kemudian tahun 1927 dan akhirnya di tukar kepada tahun 1929.   Adakah pegawai pendaftaran itu tersilap?  Atau tidak dapat kepastian mengenai tarikh/tahun sebenar Ramlee dilahirkan dari orang yang melaporkan?   Sewaktu Ramlee mula-mula membuat permohonan polisi insurans tersebut, beliau memberikan tarikh lahirnya pada 22 Mac 1927 apabila salinan cabutan sijil kelahiran nombor 633113, maka di bawah sijil polisi insurans itu dimasukkan tarikh 22 Mac 1929 sebagai tarikh lahir Ramlee.”

Sewaktu masih kecil Teuku Zakaria yang dipeliharan ibubapanya Che Mah dan Nyak Puteh mengalami sedikit masalah.    Dalam sesetengah masyarakat melayu, jika sekiranya anak kecil sering demam dan sakit mereka percaya bahawa nama yang diberikan kepada bayi sewaktu lahir tidak sesuai.   Jadi untuk menghilangkan masalah sakit yang berulangan maka satu cara untuk mengatasinya ialah dengan menukarkan nama yang telah diberikan kepada bayi tersebut kepada nama lain.     Masyarakat Melayu dulu-dulu juga percaya bayi itu mesti diserahkan kepada satu keluarga angkat untuk dipelihara bagi satu tempoh waktu untuk menghilangkan badi penyakit tersebut.    Demikianlah halnya dengan Teuku Zakaria.   Beliau kemudiannya telah diserahkan kepada sebuah keluarga angkat disebelah ibunya dan namanya telah ditukarkan kepada nama Ramlee.

Setelah tamat pantang, ibu dan bapa P.Ramlee telah berpindah rumah kuarters Estern Smelting iaitu di alamat 25A Jalan Timah, Kampung Jawa Pulau Pinang kerana pada waktu itu Nyak Puteh telah mendapat kerja sebagai peon di kilang melebur bijih timah.   Tempat tinggal pekerja yang dihuni oleh Nyak Puteh bersama isterinya Che Mah dan anaknya ini, asalnya adalah merupakan kuarters papan satu tingkat yang kemudiannya dirobohkan dan diganti dengan kuarters batu bata empat tingkat pada tahun 60-an.    Semasa pemerintahan Tentera Jepun, P.Ramlee ikut berkerja bersama-sama bapanya di kilang melebur biji timah ini buat beberapa waktu sebelum beliau berhijrah ke Singapura untuk menerima tawaran kerja sebagai penyanyi latar bagi filem-filem di Studio Jalan Ampas pada 8 Ogos 1948.

Baca Seterusnya Kisah 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Free Web Hosting