About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

       
   

Seni Lakon & Filem

 
 

Biografi

Salasilah

 

Kisah Hidup

Seni Muzik & Lagu

Seni Lakon & Filem

Komposer  Sezaman

Bintang Legenda

Sejarah Shaw Brothers

Galeria Nostalgia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk selama 24 tahun bermula dari tahun 1948 hingaa 1972, P.Ramlee terbabit dalam seni lakonan menerusi 62 buah filem.    Mulai tahun 1955 hingga 1972, beliau berkarya sebagai pengarah menerusi filem pertamanya, Penarik Beca hingga filem terakhirnya Laksmana Do Re Mi dan telah mengarah sebanyak 34 buah filem selama 17 tahun termasuk sebuah filem ( Panca Delima ) yang beliau sendiri tidak berlakon ( Lihat Senarai Penuh Filem-Filem P.Ramlee )

Jika diteliti secara mendalam, stu tema umum yang mendominasi filem-filem arahan P.Ramlee ialah isu ketidakadilan dan tentangan beliau terhadap golongan atasan atau terhormat yang cuba mengekalkan sistem social yang tidak adil dan menindas.   Dengan kata lain, kritikan social merupakan tema bagi filem-filem arahan beliau.

Tema perbezaan darjat dan ‘darah keturunan’ ini dikemukakan dengan berkesan sekali melalui filem arahan beliau yang pertama, Penarik Beca.   Diselitkan juga menerusi filem-filem jenakanya seperti Bujang Lapok, Siri Do Re Mi, Tiga Abdul dan Sabarudin Tukang Kasut.

Kemuncak kejayaan P.Ramlee dalam menghasilkan filem-filem drama berat yang mempunyai unsure kritikan social sesudah memulakannya dengan cemerlang melalui Filem Penarik Beca (1955 ) ialah filem-filem Antara Dua Darjat ( 1960 ) dan Ibu Mertuaku ( 1962 ).   Hanya sesudah 5 tahun memegang terju sebagai pengarah, P.Ramlee berjaya menghasilkan dua karya besarnya yang boleh dianggap sebagai filem klasik melayu.

Setelah menmpa kejayaan menerusi filem Ibu Mertuaku yang meletakkan beliau sebagai ‘Seniman Serba Boleh’ diperingkat Asia, P.Ramlee lebi banyak menumpukan tenaganya menghasilkan filem-filem komidi seperti Labu Labi, Nasib Si Labu Labi, Madu Tiga, Tiga Abdul,  Masam-Masam Manis, Sabarudin Tukang Kasut, Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Keluarga 69, Anak Bapak, Ahmad Albab dan filem terakhirnya Laksmana Do Re Mi. Seperti dalam siri Bujang Lapok, unsure kritikal social tetap diserapkan ke dalam filem-filem komidi ini.

Sesudah filem Ibu Mertuaku, dan untuk tempoh selama 10 tahun hingga tahun 1972,  P.Ramlee telah menghasilkan beberapa lagi filem drama berat seperti Damaq (dalam Ragam P.Ramlee), Sesudah Subuh, Gerimis, Kanchan Tirana, Enam Jahanam, Dr. Rushdi, Gelora, Putus Sudah Kasih Sayang dan Jangan Tinggal Daku.   Namun ternyata filem-filem ini tidak mempunyai kekuatan yang menyerlah jika dibandingkan dengan filem-filem drama berat sewaktu dihasilkan di MFP di Singapura.

 

SENARAI FILEM-FILEM P.RAMLEE DI SINI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Free Web Hosting