About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

         
   

S A L A S I L A H     K E T U R U N A N

 

 
 

Biografi

Salasilah

 

Kisah Hidup

Seni Muzik & Lagu

Seni Lakon & Filem

Komposer Sezaman

Bintang Legenda

Sejarah Shaw Brothers

Galeria Nostalgia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TUEKU Banteung adalah salah seorang pahlawan yang turut serta dalam peperangan Aceh melawan tentera Belanda yang tercetus hampir 40 tahun iaitu dari tahun 1872-1938 di Indonesia.   Dalam peperangan tersebut Tgk. Banteung telah berjuang bersama-sama adiknya yang kemudiannya telah gugur syahid dalam peperangan tersebut.

Setelah kematian adiknya yang syahid itu,  Tgk. Banteung akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di Pasai dan telah berkahwin dengan seorang gadis tempatan di sana.   Pada tahun 1887 lahirlah anak lelaki pertama yang diberi nama Teuku Karim.

Setelah Teuku Nyak Karim dewasa, beliau berkahwin dengan Chatijah di Kampung Pineung Kacamatan Muara Dua Cunda iaitu sebuah perkampungan yang terletak kira-kira 4 km dari Bandar Lhoseumawe.    Dari perkhwinan ini, pada tahun 1910 lahirlah anak pertama mereka yang diberi nama Teuku Nyak Puteh.  Selepas anak yang pertama ini, lahirlah pula 7 adik beradik Nyak Puteh yang lain diberi nama Teuku Ishaq, Abdullah, Tahir, Syariah, Mohd Ali dan Maun.

Selain Chatijah, Teuku Nyak Karim juga mempunyai 3 orang isteri yang lain, tetapi anak-anaknya yang lahir dari hubungan dengan isteri-isteri yang lain itu sudah meninggal dunia.   Teuku Nyak Putih sejak dari zaman remaja sudah mempunyai bakat menyanyi  dengan suara yang sangat merdu, disamping rupanya yang cantik sehingga orang-orang memanggilnya dengan panggilan Nyak Puteh Dhiet ( yang bermaksud cantik rupawan).    Ketika berusia 12 tahun, Nyak Puteh telah memasuki sebuah kumpulan tarian iaitu Kumpulan Rapai Pulot di Chunda.  Puteh dapart menunjukan gerak tarina yang berbakat dan telah diberi peranan sebagai penari utama kumpulan tersebut.

Rapai Pulut mempunyai 15 orang penari lelaki dan 5 orang pemukul gendang rapai.  Puteh dalam gerak tarinya berupaya memutar-mutarkan badannya dengan kepada di bawah dan mampu melipat kakinya ke bawah kepala seperti pemain akrobatik. 

Kumpulan Tari yang diserta Puteh lazimnya akan memenagi pertandingan yang diadakan.   Pada suatu ketika Kumpulan Tari Rapai Pulot telah tewas dan ini telah menyebabkan Puteh meraa begitu malu dan bersalah lalu menarik diri dari kumpulan tersebut.

Pada waktu tersebut, Aceh dan Tanah Melayu mempunyai hubungan perdagangan yang luas iaitu melalui darat Aceh seperti pelabuhan Free Port Subang, Lhokseumawe, Ulee Lheu, Sigli dan Langsa dengan bandar-bandar seperti Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Kedah.  Cukup ramai pdara dagang sangteri berulang alik membawa barang dagangan hasil tanaman dan bumi dengan kapal-kapal besar dan kecil.

Banyak pedagang Aceh datang dan pergi membawa barang-barang dan bekerja di kapal dan merantau ke Semenanjung Tanah Melayu bahkan ada yang menetap di sana.   Hubungan erat ini ada kaitan dengan sejarah, socail dan agama sebagai bangsa serumpun.

Nyak Puteh turut pula merantau dengan bekerja di kapal yang membawa barang dari Lhokseumawe ke Pulau Pinang sehingga beliau dan mahir dalam ilmu pelayaran.  Dengan pengalaman dan ilmu perkapalan yang diperolehi ini, Puteh telah diangkat menjadi Nakhoda Kapal.  Akhirnya Puteh mengambil keputusan untuk menetap di Tanah Melayu dan tinggal di negeri Pulau Pinang.  Pada tahun 1925 Puteh berkahwin dengan seorang perempuan tempatan yang berasal dari Kubang Buaya, Butterworth bernama Che Mah Husin.  Che Mah Husin merupakan seorang janda beranak satu mempunyai seorang anak lelaki.     Dia ditinggalkan suaminya seorang keturunan Arab.

Selepas berkahwin. pasangan ini kemudiannya menetap di 40A Jalan Counter Hall, Pulau Pinang.   Hasil dari perkahwinan tesebut, empat tahun kemudian, pada hari Rabu 22 Mac 1929, di pagi Hari Raya Aidilfitri ketika khatib sedang membaca khutbah di Masjid Counter Hall, Pulau Pinang lahirlah anak pertama pasangan suami isteri ini lalu diberi nama Teuku Zakaria yang akhirnya hingga ke hari ini dikenali sebagai P.Ramlee.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Free Web Hosting