About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

             
      Kronologi Penubuhan Shaw Brothers Organisation Di Singapura  
     

Seorang saudagar tekstil di Shanghai bernama Shaw Yuh Hsuen (1667-1920), meninggalkan 7 orang anak setalah kematiannya.   Anak yang sulung bernama Ranje Shaw merupakan seorang peguam yang amat berminat dalam seni pertunjukan (performance arts).  Runje, seorang peguam yang berjaya, sebagai hobi di masa lapang telah menulis beberapa cerita lakonan (screenwriter) opera serta membina pentas opera di rumah.  Kira-kira 3 tahun setelah kematian bapanya, Runje dengan bantuan adik-adiknya yang lain telah memulakan langkah menubuhkan sebuah opera terbuka di Shanghai bernama The Laughter Opera dengan tujuan untuk keseronokan memberikan hiburan kepada orang ramai.  Di pentas opera ini, Runje menunjukkan persembahan wayang opera bertajuk "The Man From Shensi" yang merupakan salah satu dari hasil karya tulisannya sendiri.

Dengan sambutan orang ramai yang suka kepada pertunjukkan opera tanpa suara yang dihasilkan dari karya dan tulisannya sendiri, Runje, bersama-sama adik-beradiknya telah menubuhkan Unique Film Production di Donghengbin Road,Shanghai pada tahun 1924 dengan modal sebanyak $50,000.  Runje telah bertindak sebagai pengurus operasi dan penulis cerita untuk pertunjukkan opera yang bakal dipersembahkan.  Manakala urusan mengenai promosi dan tugas-tugas pengedaran telah diserahkan kepada adiknya Runme, iaitu anak ketika dari 7 adik-beradik itu.  Dengan sambutan orang ramai yang begitu menggalakkan, lokasi Unique Film Production di Donghengbin Road akhirnya terpaksa dipindahkan ke nombor 68, Huade Road kerana di sana dapat menampung bilangan penonton yang lebih ramai.

Pada suatu malam, ketika berlangsungkan pementasan cerita 'The Man From Shensi", salah seorang pelakon opera telah tercedera bila terjatuh disebabkan lantai pentas yang reput.  Kejadian ini telah menyebabkan penonton ketawa terbahak-bahak.  Hal ini telah mencetuskan buah fikiran kepada adik beradik Shaws untuk memfilemkan pementasan opera yang dipersembahkan agar ianyanya tidak perlu lagi dilakonkan berkali-kali.

Akhirnya pada penghujung tahun 1924, mereka telah membeli sebuah kamera Le Parvo of Debrie yang dapat merakamkan pertunjukkan pentas dan menukarkan format rakaman ke bentuk filem bisu.  Dengan kemudahan kamera ini, pada tahun berikutnya, filem-filem bisu seperti "New Leaf" (1925), "Heroine Li Fei Fei" (1925), "Pearl Pagoda" (1925), "Humanities" (1926), "Madam Normal Snake" (1926), "Journey to the West" (1926) dan "The Love Eternal" (1926) telah dapat dihasilkan dan ditunjukan di studio mereka di Shanghainese. Pertunjukkan cerita-cerita tanpa suara ini telah dapat menarik ramai penonton di China ketika itu.

Dengan kemudahan teknologi yang telah diperolehi oleh adik-beradik Shaws ini dibantu pula hasil pulangan dari sambutan orang ramai, bermula pada tahun 1925 Unique Film Production telah berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya satu filem setiap bulan.  Tuah ini telah membawa Runje Shaw mengahwini salah seorang pelakon layar peraknya yang terkenal bernama Chan Yoke Mui sebagai isteri kedua.

Sebenarnya pada waktu itu, di Shanghai terdapat beberapa syarikat filem yang turut beroperasi menayangkan filem-filem dari Amerika seperti Star Film Company, Great China Film Company , Youlia Film Company , Huaju Film Company , Minxin Film Company dan Shanghai Film Company. Merasa terancam dengan pencapaian adik-beradik Shaws ini, syarikat-syarikat filem ini telah bergabung membentuk Syarikat Filem Usahasama Liuhe Film Company.  Penggabungan ini telah mengakibatkan pencapaian Unique Film Production milik adik-beradik Shaws merosot.  

Situasi ini akhirnya membuka mata Runje Shaw untuk meneroka peluang pasaran di luar China. Tugas ini telah dijalankan oleh adiknya Runme Shaw dengan langkah pertama pergi di negara Indochina untuk mencari wakil -wakil pengedar yang sudi membeli filem-filem keluaran Shaw Borthers dan juga mencari tapak membina syarikat tayangan filem di sana. Malangnya usaha awal Runme ini telah menemui kegagalan apabila tidak diizinkan untuk membina tapak operasi di sana.

Runme akhirnya tiba di Singapura pada tahun 1924 dan telah berjaya menyewa sebuah bangunan 3 tingkat di 116 Robinson Road untuk dijadikan pejabat operasi bagi penayangan filem-filem Shaw Brothers.  Usaha awal Runme Shaw ialah menayangkan filem-filem bisu keluaran syarikat filem mereka sendiri dari Shanghai ( Unique Film Prodcution).  Selain itu Runme Shaw juga membeli filem-filem keluaran beberapa syarikat lain dari China untuk ditayangkan di Singapura bagi memenuhi permintaan semasa.

Dua tahun kemudian iaitu 1926, adik Runme Shaw -  Run Run Shaw yang baru sahaja menamatkan persekolahan telah tiba untuk membantu uruusan perniagaan abangnya ini.  Mereka berdua telah menubuhkan Syarikat Hai Seng Co yang kemudiannya diubah namanya kepada Shaw Brothers Pte Ltd.

Syarikat Shaw Brothers Limited ini mulanya beroperasi dengan menggunakan sebuah bilik sebagai ruang pejabat dengan tiga orang pekerja.  Di peringkat awal, kedua-dua beradik ini, Runme dan Run Run telah tekun bekerja sehingga ada kalanya sampai jam 3 pagi bagi memastikan segala keperluan untuk pernigaan mereka terus maju.  Dengan berkat kegigihan ini, perniagaan mereka sedikit demi sedikit berkembang sehingga akhirnya mereka berjaya menyewa keseluruhan rumah kedai tersebut bila jumlah perkerja telah meningkat seramai 30 orang.   Tingkat bawah telah digunakan sebagai ruangan dispatch dan setor filem, tingkat 1 digunakan sebagai pejabat akaun dan pengurusan manakala tingkat atas sekali digunakaan sebagai ruangan tamu, bilik perjumpaan dan mesyuarat, ruangan makan, dapur serta bilik tidur. 

Tidak lama selepas itu, Runme telah membeli sebuah rumah di Chancery Lane, Singapura.  Perniagaan kedua beradik Shaw ini makin berkembang dan telah mula menyediakan rumah untuk kakitangan mereka di Andrew Road, Singapura.  Sementara menunggu rumah kakitangan syarikat ini siap, Run Run Shaw telah menyewa sebuah rumah teras di Bideford Road sebelum berpindah ke kediaman tetap di rumah syarikat di Andrew Road.

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua dan serangan tentera Jepun ke atas China dan Beijing pada 7 Julai 1937, Runme dan Run Run Shaw telahpun berjaya membeli keseluruhan rumah kedai 3 tingkat ini berserta dengan dua blok bangunan berdekatan untuk memperluaskan lagi operasi perniagaan mereka.

Shortly before the war started, the brothers bought over their existing office building on 116 Robinson Road. They also took over three other adjoining shop house buildings and converted them into a single office block. As a result, some of the previous tenants of the acquired shop houses had to be relocated. One of them was Lim Chong Pang (Sembawang rubber tycoon Lim Nee Soon's eldest son) who was then known as the 'cinema king' of Sembawang. He relocated his office to the Shaw-owned Capitol flats along Stamford and North Bridge Road. The Shaw office block would be eventually named Shaw Chambers.

Bersambung.. la pulak

 

 
   
   
       
       

Free Web Hosting