About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

         
   

K I S A H     H I D U P  (2)

 
 

Biografi

Salasilah

 

Kisah Hidup

Seni Muzik & Lagu

Seni Lakon & Filem

Komposer Sezaman

Bintang Legenda

Sejarah Shaw Brothers

Galeria Nostalgia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ramlee mendapat pendidikan rendah di sebuah sekolah yang berhampiran dengan rumahnya iaitu Sekolah Melayu Kampung Jawa yang kini masih wujud.   Di waktu petang Ramlee belajar agama dengan bekas kadi Georgetown Ustaz Sheikh Ahmad Baladram.   Bapa Ramlee seorang yang tegas dalam soal agama dan Ramlee telah dididk untuk menjaga solat lima waktu.   Semasa diperingkat rendah Ramlee menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, beliau telah menggesa bapanya untuk mengantarkannya ke sekolah walaupun belum cukup umur.

Dalam tahun 1939, Ramlee melanjutkan pelajaran ke Sekolah Francis Light.   Sekolah Francis Light ketika itu merupakan Sekolah Inggeris terulung di Pulau Pinang dan masih wujud sebagai sekolah rendah kebangsaan pada masa kini.    Semasa bersekolah di Sekolah Francis Light, perwatakan  Ramlee mulai berubah, beliau mula terpengaruh dengan sikap nakal kawan-kawannya yang kebanyakkan terdiri dari keluarga yang berpendapatan rendah.   Di sinilah minatnya dalam bidang nyanyian dan lakonan mula kelihatan.   Ramlee belajar di Sekolah Francis Light ini sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.

Semasa pendudukan Jepun, sepertimana penduduk Pulau Pinang yang lain, hidup di bawah tentera Jepun bukanlah mudah.  Pada peringkat awalnya Ramlee ikut sama bekerja menjadi peon di Eastern Smelting di tempat bapanya bekerja dan menjadi jurubahasa sambilan kepada majikannya  Keran bimbang ditangkap dan dihantar sebagai buruh keretapi maut, Ramlee mengambil keputusan menyertai Sekolah Tentera Laut Jepun yang dinamakan Kaigun Gakko.    Di sekolah ini bukan sahaja dapat menunjukkan pencapain akademik yang cemerlang malah berpeluang untuk belajar muzik biarpun masih berperangai nakal dan suka ponteng sekolah.    Guru muziknya Hirahe San mengajar Ramlee bermain piano, biola dan ukelele.   Di Sekolah Latihan Angkatan Laut ini juga Ramlee menjadi guru bagi rekrut pelatih yang baru dan sebagai Kyuco kadet sehingga Jepun menyerah kalah.  Ramlee juga diberi peluang menyertai konsert-konsert yang diadakan oleh tentera Jepun.   Sewaktu berada di Sekolah Angkatan Laut Jepun inilah Ramlee berkenalan dengan Sukardi yang kemudian menjadi sahabat karibnya yang sama-sama ikut serta dalam pancaragam dan juga sama-sama ikut berhijrah ke Singapura untuk menerima tawaran kerja di Studio Jalan Ampas.

Selepas Jepun menyerah kalah dan tamat perang pada tahun 1945, Ramlee menyambung pengajian akademiknya di Sekolah Penang Free School, sekoilah elit yang terulung di Pulau Pinang sehingga kini. Ramlee belajar di Penang Free School sehingga Standard 7 ( bersamaan Tingkatan 3 sekarang ini). Berabnding dengan semasa di sekolah rendah, prestasi akademiknya di peringkat sekolah menengah hanyalah sederhana.   Namun tahap keupayaan dalam mata pelajaran bahasa Melayu adalah cemerlang. Ramlee mendapat markah tertinggi di Pulau Pinang dalam subjek ini pada peperiksaan akhir Standard 7 pada tahun 1947.   Prestasi keseluruhannya adalah menurun disebabkan kegiatannya yang sangat aktif dalam nyanyian.   Rakan-rakan sekolahnya memberitahu bahawa ketika itu adalah “a part-time student, a full-time star”  bermaksud pelajar separuh masa dan seniman sepenuh masa sama seperti yang terjadi dalam filem Masam-Masam Manis “. Selain matapelajaran Bahasa Melayu, Ramlee juga cemerlang dalam matapelajaran lukisan.    Bahasa Melayunya sentiasa mendapat pujian dan hadiah yang menjadi penawar hati guru-gurunya yang jengkel kerana kelemahannya dalam matapelajaran yang lain selain dari kenakalannya yang suka ponteng sekolah.   Dalam bahasa Jepun, Ramlee dapat menguasai bahasa itu dalam masa yang singkat sehingga membolehkannya menjadi jurubahasa dan menyanyi lagu-lagu Jepun dengan lancar dan fasih.   Pelncapaian bahasa Inggerisnya juga agak baik walaupun beliau bukannya seorang yang suka membaca buku.   Satu-satunya novel yang pernah dibacanya mengikut cerita dari seorang temannya ialah Athens  karya Achdiat K. Miharja.    Namun demikian Ramlee adalah seorang pemerhati yang teliti dan bercita-cita besar.    Ramlee suka mencari perubahan dalam kerja-kerja yang dilakukannya seperti  menyanyi sampai di hadapan pengantin yang sedang bersanding ketika persembahan kumpulan pancaragam yang disertainya.  Perbuatan sebegini belum pernah dibuat orang.

Baca Seterusnya Kisah 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Free Web Hosting