K I S A H H I D U P (3) |
|
|||
|
Semasa terlibat dalam kumpulan pancaragam di Pulau Pinang, Ramlee tidak hanya sekadar mahu bersuka-suka bermain muzik dan menyanyi tetapi beliau mempunyai cita-cita yang terpendam di dalam hatinya. Beliau mahu menjadi pemuzik yang terbaik, penyanyi yang terkenal dan pemimpin pancaragam. Berkat usahanya yang bersungguh-sungguh, belajar dan berlatih dengan cita-cita yang tak pernah padam, maka akhirnya Ramlee keluar sebagai Bintang Penyanyi Utara Malaya tempat Ketiga pada tahun 1945. Beliau masih belum berpuas hati. Tahun berikutnya dicubanya lagi dan kali ini beliau mendapat tempat kedua. Pada kali ketika dalam pertandingan nyanyian tahun 1947 beliau telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut. Dalam pancaragam yang disertainya, Ramlee cuba mencari perubahan untuk memajukan dirinya dalam bidang muzik. Dari Kumpulan Teruna Sekampung bersama-sama Sukardi, beliau bergabung dengan Pancaragam Mutiara yang bermain muzik di sebuah restoran di Butterworth. Sewaktu diadakan pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai Ramlee berpindah ke Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia sebagai pemain biola utama. Melalui lagu Keroncong Oh Suci yang dinyanyikannya pancaragam ini telah keluar sebagai juara dalam pertandingan yang diadakan. Itulah cita-cita pada peringkat pertama. Setelah tamatnya perang yakni masa remaja P.Ramlee, kerana keadaan masih belum stabil boleh dikatakan hampir kebanyakan murid yang datang ke sekolah nakal-nakal belaka, bukan saja malas tetapi bodoh. Jika kedatangan ada 15 hari dalam sebulan itu sudah dikira satu rekod yang baik. P.Ramlee seorang remaja yang keras hati, suka memonteng sekolah dan tidur di dalam kelas. Beliau suka menarik perhatian guru dan kawan-kawannya dengan kenakalannya itu. Peribadi Ramlee Semasa Remaja. Mengaji Al-Qur’an. Selepas sekolah, Ramlee belajar mengaji dengan guru agama bernama Mak Minah Kasar. Ramlee merupakan seorang yang pandai mengaji Al-Qur’an. Suaranya yang lunak membuatkan orang tertarik mendengar bacaannya. Ramlee akan ikut mengaji sehingga lewat malam.
Seni Lakonan Lepas mengaji, Ramlee selalu berlatih berlakon di padang berhampiran rumahnya. Adegan-adegan yang digemari seperti Hang Tuah, Robih Hood, Mark Of Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan adalah karektor-karektor adalah lakonan-lakonan yang sering dilakukan oleh Ramlee dalam permainan altihan lakonan bersama kawan-kawannya. Beliaulah yang selalunya menjadi ‘hero’ dan kawan-kawannya yang lain menjadi ‘Pak Penyangak’ saja. Pelakon-pelakon filem yang menjadi inspirasinya ialah Errol Flynn, Tyrone Power dan Johnny Weismuller. Ramlee kadang-kadang pergi melepak dan bergayut di bawah pohon ceremai di depan rumah no 25A Kampung Jawa Baru ( rumah ‘master’ Ibrahim Zain, sahabat karib Ramlee sejak kecil dan sama sekolah dengannya.
Sukan Permainan sukan yang digemari Ramlee adalah bola sepak dan sepak takraw. Ramlee pernah mewakili Pasukan Bolasepak Rumah ‘Pinhorn’ di Sekolah Penang Free School. Ramlee menjadi penjaga gol. Antara rakan sepasukannya adalah Y.M Tengku Ahmad Rithauddeen, Dato’ Zulkifli Ali dan Dato’ Eddy Choong (bekas pemimpin Badminton Negara). Ramlee pernah mewakili Pasukan Kampung Jawa ke Peratandingan Persahabatan di Pasir Gebu, Butterworth. Dalam perlawanan-perlawanan di Butterworth, beliaulah yang menjadi hero. Pernah dipijak semasa menjaga gawang (gol). Dalam perlawanan sepak takraw, Ramlee sering bermain sebagai apit kiri. Bila bermain, mesti ‘lipat tuala’ di dahinya dan mutu permainannya cukup baik, kerapkali menjadi ‘killer’. “Master” Ibrahim zain menjadi apit kanan dan tekongnya Mat Panjang. Nama regu in dipanggil ‘Sambarcas”. Tabiat Ramlee, beliau hanya datang bermain bila gelanggang sudah siap, tidak pernah sekali datang memasang jala atau menyapu gelanggang. “Bossy Type” .
|