About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

         
   

K I S A H     H I D U P  (4)

 

 
 

Biografi

Salasilah

 

Kisah Hidup

Seni Muzik & Lagu

Seni Lakon & Filem

Komposer Sezaman

Bintang Legenda

Sejarah Shaw Brothers

Galeria Nostalgia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dunia Muzik

Semasa kecil, bapa Ramlee pernah membelikannya sebuah mendolin gitar dan sebuah violin.    Dengan gitar dan violin ini, Ramlee berlatih bermain muzik di rumah 25A Kampung Jawa Baru.   Di atas tangga rumah inilah  pada suatu hari Ramlee telah mencipta lagu ‘Azizah’ dan’Mee Jawa’’.    Semasa bermain dengan Pancaragam Rangkaian Melati tahun 1946,  Ramlee mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian lagu keroncong dan mendapat tempat kedua (naib johan) dengan lagu keroncong gubahannya.

Pada awal tahun 1947, Ramlee menganggotai pancaragam Coronation Amateur Party yang kemudainnya diubah nama kepada Pancaragam Teruna Sekampung.   Di waktu inilah, Ramlee mula menunjukkan peningkatan bidang seni muziknya dengan bimbingan pemimpin pancaragam Mohd Zain bin Kechik. Berhasrat untuk meningkatkan lagi prestasinya, Ramlee bergabung pula dengan Pancaragam Mustika di Butterworth.   Pada setiap malam Sabtu, Ramlee bersama-sama dengan Master Ibrahim akan naik frei untuk pergi berlatih bersama pancaragam itu di Butterworth.

Lagu ‘Azizah’ yang dipersembahkan Ramlee dengan iringan Pancaragam Mustika ketika pertunjukan Pertanian Melayu Di Butterworth Pulau Pinang pada 1 Ogos 1948 ( * 31 Julai 1948) mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh rantau Melayu.   Dari situlah Ramlee mendapat tawaran menjadi penyanyi latar untuk filem-filem Malay Film Productions (MFP), Studio Jalan Ampas di Singapura.

Latar Belakang Keluarga Yang Sederhana

Sebenarnya Ramlee datang dari keluarga yang sederhana.  Bapa Ramlee, selepas menjadi pelaut antarabangsa, bekerja sebagai peon di kilang bijih timah.   Semasa mahu memasuki pertandingan nyanyian, Ramlee terpaksa meminjam sepasang lagu atau memakai sepasang baju yang baru yang ditempah oleh kawan-kawannya ( sama seperti dalam adegan dalam Filem Anakku Sazali).  Ketika hendak menerima tawaran kerja di Studio Jalan Ampas, kawan-kawannyalah yang membanrtunya dalam soal pakaian.    Ibubapa Ramlee sangat terkilan ketika hendak melepaskan Ramlee kerana takut dunia muzik tidak dapat menjamin masa depannya dan meminta kawan-kawan Ramlee memujuknya supaya tidak ke sana, namun azam anak muda ini terlalu kental.

Pergaulan

Semasa hayatnya, Ramlee adalah seorang yang berperibadian mulia dan bertatasusila tinggi.   Beliau sangat menghormati guru-gurunya sungguhpun ada kenakalan semasa belajar., menghormati orang-orang tua, pemimpin, rakan-rakan, tidak kira buruh, penarik beca mahupun aci jual bawang.   Semuanya dianggap Ramlee senagai kawan rapat.   Salah seorang daripada gurunya yang menjadi kawan rapatnya ialah Cikgu Mohd Noor Ishak ( Allahyarham Cikgu Mohd Noor Tarzan) yang mesti ditemui Ramlee jika melawat Pulau Pinang.  Allahyarham Cikgu Mohd Noor Ishak adalah guru Ramlee semasa bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan dialah yang menjadi penghubung (penjinak) untuk membawa Ramlee mengadakan persembahan tiap-tiap tahun di Pesta UMNO Pulau Pinang di tahun-tahun 60-an dan 70-an.

Ramlee seorang yang tidak malu untuk mendapatkan sesuatu agar cita-citanya tercapai.   Beliau akan menangis seperti anak kecil apabila kawan-kawannya dalam pancaragam di Pulau Pinang terlupa untuk mengajaknya ikut bersama dalam persembahan di majlis-majlis perkahwinan.  Pada masa itu beliau belum lagi tahu bermain alat-alat muzik.   Beliau hanya mahu melibatkan dirinya dalam aktiviti pancaragam yang disertainya walaupun hanya sebagai tukang angkat alat-alat pancaragam.   Dengan hanya bertindak sebagai tukang angkat alat-alat muzik, Ramlee sudah merasakan dirinya seolah-olah sudah bermain muzik.  Ramlee hanya dapat dan tahu bermain alat-alat muzik seperti piano, biola dan ukelele setelah berguru dengan Hirahe San ketika beliau mengikut Sekolah Angkatan Tentera Laut Jepun.   Sejak daripada itu, tiap-tiap malam kemana saja beliau pergi dibawanya biola bersama-samanya.

Baca Seterusnya - Kisah 5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Free Web Hosting