About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

   

K I S A H     H I D U P  (5)

 
         
 

Biografi

Salasilah

 

Kisah Hidup

Seni Muzik & Lagu

Seni Lakon & Filem

Komposer Sezaman

Bintang Legenda

Sejarah Shaw Brothers

Galeria Nostalgia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Setelah berhijrah ke Singapura, Ramlee selalu menulis surat kepada ‘Master’ Ibrahim bertanyakan khabar tentang rakan-rakannya.   Bila balik ke Pulau Pinang untuk mengadakan pertunjukan amal anjuran UMNO, Persatuan Guru-Guru Melayu dan lain-lainnya,  Ramlee akan mengambil kesempatan bertemu dengan kawan-kawannya.   Tempat persinggahannya ialah di rumah baru  ‘Master’ Ibrahim di No. 148 Kampung Jawa Baru dan juga di Rumah Kuarters Guru-Guru, Sekolah Francis Light di no 76M, Jalan Perak.   Di sanalah berkumpulnya kawan-kawan Ramlee dan mereka akan bersembang hingga ke larut malam jika tidak ada persembahan pada keesokan paginya.   Topik popolar yang dibualkan berkisar tentang kisah-kisah peristiwa semasa bermain di kepala titi Jalan Timah, Kampung Jawa yang cukup menggelikan hati kawan-kawannya kerana Ramlee seorang yang cukup kelakar.

Ramlee juga rapat dengan teman-teman sekelasnya di Sekolah Penang Free School.   Antaranya termasuklah Datuk Osman Merican (Sekarang CEO Kolej Puteri) dan Datuk Nordin Hassan ( Sasterawan Negara).   P. Ramlee juga seorang yang setia pada kawan-kawannya.  Beliau rapat dengan guru muziknya ‘Master’ Kamaruddin yang mengajarnya menyanyi dalam tahun 1945.   ‘Master’ Kamaruddin merupakan seorang guru muzik yang terkenal di Pulau Pinang dan gubahan lagunya bertajuk  Pahlawan Cangkul  yang sering disiarkan di Radio Pulau Pinang semasa pemerintahan Jepun sangat popular di kalangan masyarakat Melayu ketika itu.

Makanan Kegemaran

P.Ramlee cukup beradab apabila menjamah makanan.  Bila habis makan, sebutir nasipun tidak tinggal di pinggan, licin!.   Kari ketam adalah kegemarannya nombor satu.  Satu lagi makanan yang digemarinya adalah laksa, Cuma yang dimakannya hanya kuah dan sayur-mayurnya sahaja tetapi isi laksa tidak pula dimakannya.

Bersambung.......

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Free Web Hosting