About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

       
   

Lagu Selamat Berbahagia Wahai Kekasih ( Versi Rakaman Piring Hitam)

Info: Ciptaan & Gubahan : Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Lirik : H M Rohaizad

Penyanyi: P.Ramlee

Trivia: Mengikut cerita dari teman-teman rapat P.Ramlee, lagu ini dicipta khusus buat Allahyarham Puan Sri Saloma sekitar bulan Jun 1957 yang ketika itu akan melangsungkan perkahwinan.  Barangkali dengan A R Tompel.   Sebelum berkahwin dengan P.Ramlee, Saloma pernah berkahwin dua kali, A R Tompel adalah salah seorang bekas suami Puan Sri saloma. Kebenaran cerita ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

 

 
   

 

Lirik:-

 

Selamat berbahagia wahai kekasih

Cantik rupawan

Selamat menempuh wahai kekasih

Gerbang perkahwinan

Aku berdoa wahai kekasih kepada Tuhan

Semoga aman wahai kekasih

Dan berkekalan

 

Berpisah kita hanyalah untuk di dunia saja

Aku berjanji akan menanti di gerbang syurga

Rela ku hidup wahai kekasih dalam derita

Asalkan dikau wahai kekasih hidup berbahagia.

 

Berpisah kita hanyalah untuk di dunia saja

Aku berjanji akan menanti di gerbang syurga

Rela ku hidup wahai kekasih dalam derita

Asalkan dikau wahai kekasih hidup berbahagia.

 

 

 

Untuk mendengar streaming SELAMAT BERBAHAGIA WAHAI KEKASIH, sila klik atau 'double click' pada butang play pada Player di atas.  Kemudian, tunggulah hingga lagu dimainkan. . Seandainya palyer anda berhenti di tengah jalan sebelum lagu habis dimainkan, ini bermakna setting Real Player di komputer anda perlu di configurasikan semula.  Untuk panduan lanjut sila ikuti arahan di LAMAN INI

 

Selamat Berhibur.

 
Free Web Hosting