About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

       
   

Lagu Joget Tari Lenggang ( Versi Rakaman Piring Hitam)

Info: Ciptaan & Gubahan : Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Lirik : Dato' Jamil Sulong

Penyanyi: P.Ramlee

Filem: Hang Tuah, Malay Film Productions, (1956)

Arahan: Phani Majumdar

Trivia: Lagu ini dirakamkan semula ke piring hitam oleh Saloma dengan Tajuk Joget Pahang dan juga oleh beberapa penyanyi lain selepas zamannya.

 
   

 

Lirik:-

 

Dari Melaka ke Negeri Pahang

Singgah di Johor beli berangan

Dari Melaka ke Negeri Pahang

Singgah di Johor beli berangan

 

Kami mengucap selamatlah datang

Apa yang kurang dicaci jangan

Kami mengucap selamatlah datang

Apa yang kurang dicaci jangan

 

Melenggang ai melenggang

Lenggang tari lenggang

Kalau baik hati nanti orang pun sayang

 

Pukullah gendang kulit kerbau

Dalam majlis tari menari 

Pukullah gendang kulit kerbau

Dalam majlis tari menari 

Sayalah ini daganglah merantau

Mengharap belas orang di sini

Sayalah ini daganglah merantau

Mengharap belas orang di sini

 

Melenggang ai melenggang

Lenggang tari lenggang

Kalau baik hati nanti orang pun sayang

 

Negeri Pahang aman sentosa

Kaya dengan tumbuh tumbuhan

Negeri Pahang aman sentosa

Kaya dengan tumbuh tumbuhan

Ingat dihati nak buatlah jasa

Mudah-mudahan Tuhan kabulkan

Ingat dihati nak buatlah jasa

Mudah-mudahan Tuhan kabulkan

 

Melenggang ai melenggang

Lenggang tari lenggang

Kalau baik hati nanti orang pun sayang

Melenggang ai melenggang

Lenggang tari lenggang

Kalau baik hati nanti orang pun sayang

 

Untuk mendengar streaming JOGET TARI LENGGANG, sila klik atau 'double click' pada butang play pada Player di atas.  Kemudian, tunggulah hingga lagu dimainkan. . Seandainya palyer anda berhenti di tengah jalan sebelum lagu habis dimainkan, ini bermakna setting Real Player di komputer anda perlu di configurasikan semula.  Untuk panduan lanjut sila ikuti arahan di LAMAN INI

 

Selamat Berhibur.

 
Free Web Hosting