About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

       
 

Lagu Tolong Kami ( Versi Rakaman Piring Hitam)

Info: Ciptaan & Gubahan : Allahyarham P.Ramlee

Lirik : S Sudarmaji

Penyanyi: P.Ramlee & Korus

Filem: Tiga Abdul, Malay Film Production, Shaw Brothers, (1964)

Arahan: P.Ramlee

Trivia: Filem Tiga Abdul adalah merupakan filem terakhir arahan dan lakonan P.Ramlee di MFP Shaw Brothers sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur pada 14 April 1964 untuk berpindah berkarya di Studio Merdeka Ulu Kelang Kuala Lumpur.  Perpindahan P.Ramlee & Saloma ke Kuala Lumpur memberikan kesan besar kepada halatuju dan kepopulariti filem-filem Shaw Brothers selepas tahun 1964 dimana minat masyarakat terhadap filem-filem keluaran MFP selepas itu kurang mendapat sambutan yang akhirnya menjadi salah satu faktor kepada penutupan Studio itu pada 16 September 1968.

 
   

 

Lirik:-

 

Solo:   Tolong Kami Bantu Kami

              Anak-anak yatim piatu

Korus: Tolong Kami Bantu Kami

               Anak-anak yatim piatu

 

Solo:   Hidup kami dalam dunia

             Tak berbapa dak beribu

Korus: Hidup kami dalam dunia

             Tak berbapa dak beribu

 

Solo:    Aduhai insan insani tolonglah kami

Korus: Aduhai insan insani tolonglah kami

 

Solo:   Allah akan beri rahmat

             Dari dunia ke akhirat

 

Korus: Tolong Kami Bantu Kami

              Anak-anak yatim piatu

 

Solo:   Kalau tuan hati mulia

             Bantu kami dengan rela

Korus: Kalau tuan hati mulia

             Bantu kami dengan rela

 

Solo:   Agar dapat kami rasa

              Nikmat hidup di dunia

Korus: Agar dapat kami rasa

              Nikmat hidup di dunia

 

Solo:   Seperti anak yang punya

              Ibu dan bapa

Korus: Seperti anak yang punya

              Ibu dan bapa

 

Solo:   Allah tidak akan lupa

              Pada orang yang menderma

Korus: Tolong Kami Bantu Kami

               Anak-anak yatim piatu

 

 

Untuk mendengar streaming TOLONG KAMI, sila klik atau 'double click' pada butang play pada Player di atas.  Kemudian, tunggulah hingga lagu dimainkan. . Seandainya palyer anda berhenti di tengah jalan sebelum lagu habis dimainkan, ini bermakna setting Real Player di komputer anda perlu di configurasikan semula.  Untuk panduan lanjut sila ikuti arahan di LAMAN INI

 

Selamat Berhibur.

 
Free Web Hosting