Free Hosting

Free Web Hosting with PHP, MySQL, Apache, FTP and more.
Get your Free SubDOMAIN you.6te.net or you.eu5.org or...
Create your account NOW at http://www.freewebhostingarea.com.

Cheap Domains

Cheap Domains
starting at $2.99/year

check

 

 

 

 

 

 

 

      About This Site      Technical Supports    Contact Us

Links

  Faq       

     

   

P.Ramlee - Seniman Legenda Sepanjang Zaman

 
 

Biografi

Salasilah

 

Kisah Hidup

Seni Muzik & Lagu

Seni Lakon & Filem

Komposer Sezaman

Bintang Legenda

Sejarah Shaw Brothers

Galeria Nostalgia

 

 

VCD PERJODOHAN - Dapatkan Salinan DI SINI

 

 

Panduan

Perniagaan Internet

- KLIK DI SINI -

 

 

 

 

 

 

 

 

GELARAN Seniman Agung kepada P.Ramlee lahir dan tercetus daripada masyarakat massa iaitu daripada rakyat jelata sendiri.   Gelaran itu bukanlah satu anugerah mahupun pengiktirafan secara rasmi dari negara seperti Bintang Kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) atau Anugerah Tan Sri yang telah dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung pada tahun 1990 kepadanya melalui anak beliau Nasir P.Ramlee, setelah 17 tahun bersemadi di alam baqa. Kesenimanan P.Ramlee perlu dilihat dari pelbagai sudut kerana beliau terbabit dalam beberapa cabang seni. Maka ketokohan beliau mesti dinilai dalam aspek yang luas.

 

Bagi mewajarkan gelaran Seniman Agung ini, kita perlu meletakkan P.Ramlee di tengah-tengah para seniman yang lain - bukan sekadar di peringkat nasional dan Asia, malah menjangkau menembusi alam nusantara menerjah ke Benua Eropah dan seluruh dunia antarabangsa - Hollywood & Bollywood.

 

Dua perkara penting perlu diberikan penegasan untuk menjustifikasikan gelaran Seniman Agung itu terhadap P.Ramlee iaitu:-


1.   P.Ramlee tidak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana institiusi perfileman mahupun muzik. P.Ramlee menjadi penyanyi kesukaan ramai dan pengarah filem bukan kerana beliau mempunyai diploma atau ijazah kepujiaan dari mana-mana badan pendidikan yang diiktiraf tetapi atas daya usaha gigih beliau, P.Ramlee membina kematangan dalam berkraya dengan belajar dari pengalaman.

 

2.   Di kemuncak zaman kegemilangannya menghasilkan filem pada tahun 1955 (Penarik Beca) hingga 1963 (Tiga Abdul), tiada peralatan yang sempurna dan teknologi canggih yang digunakan P.Ramlee. Mengikut sahabat seperjuangannya, Jamil Sulong, - untuk semua filem yang diarahkan P.Ramlee bermula dari Penarik Beca hinggalah kepada Filem Tiga Abdul , P.Ramlee hanya menggunakan hanya sebuah kamera sahaja dalam menghasilkan filem-filem arahannya. Dengan justifikasi-justifikasi di atas, adalah wajar beliau dilihat sebagai seniman serba boleh biarpun masyarakat sesudahnya masih mempertikaikan ketokohan P.Ramlee sebagai insan seni yang digelar Seniman Agung.

 

Streaming Lagu-Lagu Nyanyian Tan Sri P.Ramlee ( Solo & Duet)  - Volume : 02

 

Sila klik pada tajuk setiap lagu jika ingin mendengar lagu secara berasingan dengan lirik.  Jika ingin mendengar semua lagu berterusan sila klik butang PLAY pada Player di bawah.

 

1.   Selamat Berbahagia Wahai Kekasih (Muzik P.Ramlee, Lirik H M Rohaizad)

2.   Makan Sireh Di Semerah Padi ( Muzik P.Ramlee, Lirik S Sudarmaji, Filem Semerah Padi, 1956)

3.   Apek Dan Marjina ( Muzik P.Ramlee, Lirik S Sudarmaji, Filem Alibaba Bujang Lapok, 1961)

4.   Jangan Adik Angan Angan ( Muzik P.Ramlee, Lirik S Sudarmaji, Filem Musang Berjanggut, 1959)

5.   Joget Si Pinang Muda ( Muzik P.Ramlee, Lirik Jamil Sulong, Filem Anakku Sazali, 1956)

6.   Joget Tari Melenggang ( Muzik P.Ramlee, Lirik Jamil Sulong, Filem Hang Tuah, 1956)

7.   Cik Cik Keboom ( Muzik P.Ramlee, Lirik S Sudarmaji, Penyanyi Saloma, Saudagar Minyak Urat, 1959)

8.   Itulah Sayang ( Muzik P.Ramlee, Lirik Jamil Sulong, Filem Anakku Sazali, 1956)

9.   Sungguh Malangnya Nasibku ( Muzik P.Ramlee, Lirik H M Rohaizad, Filem Perjodohan, 1954)

10. Mengapa Tak Berkawan ( Muzik P.Ramlee, Lirik P.Ramlee, Si Tora Harimau Jadian, 1964)

11. Penawar Hati ( Muzik Osman Ahmad, Lirik S Sudarmaji, Penyanyi P.Ramlee & Lena, Aloha, 1950)

12. Sejakku Bertemu Padamu ( Muzik P.Ramlee, Lirik S Sudarmaji, Penyanyi Saloma, Filem Empat Isteri, 1955)

 

Untuk mendengar streaming 12 lagu-lagi seperti yang tersenarai, sila klik atau 'double click' pada butang play pada Player di atas.  Kemudian, tunggulah hingga lagu dimainkan satu demi satu. Anda tidak perlu lagi melakukan apa-apa cuma duduk berehat atau baring sahaja sehingga kesemua lagu habis dimainkan. Seandainya player anda berhenti di tengah jalan sebelum lagu habis dimainkan, ini bermakna setting Real Player di komputer anda perlu di configurasikan semula.  Untuk panduan lanjut sila ikuti arahan di LAMAN INI